Pendidikan Isu dan kontroversi berkaitan pandemik COVID-19 di Malaysia

Pengumuman mengejut Kementerian Pelajaran Tinggi

Pada Oktober, pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan bahawa semua institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang bakal menjalankan pendaftaran mahasiswa pada hari keesokannya untuk membatalkan pendaftaran fizikan akibat peningkatan mengejut kes COVID-19 di negara pada masa itu. Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tetap meneruskan pendaftaran fizikal pada waktu itu.

Akibat pengumuman tersebut, Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad diserang kerana keputusan tersebut yang menyebabkan para pelajar IPTA tersadai.[13] Rata-rata kalangan rakyat memberi tekanan kepadanya agar meletak jawatan susulan tindakan tersebut serta ada yang mengejek Noraini di laman sosial.[13] Walau bagaimanapun, Noraini memohon maaf atas kesulitan akibat pengumuman tersebut.[14] Pihak akademik menyatakan bahawa isu ini menampakkan isu-isu yang lebih besar, termasuklah isu kekurangan autonomi IPT akibat penguasaan berlebihan pihak kerajaan serta kemarahan rakyat kepada mutu sistem pendidikan yang dikatakan merudum saban masa.[15]

Berikutan pengumuman tersebut, sebuah tagar #SiswaJagaSiswa menjadi tular pada waktu tersebut dan bertujuan sebagai wadah penyaluran bantuan kepada golongan pelajar IPTA, terutamanya pelajar baharu yang terkandas pada masa itu.[16] Pihak IPTA pula dipuji kerana mengambil tindakan pantas dalam menjaga kebajikan pelajar yang terkesan seperti pemberian keperluan harian, akses Internet dan wang bantuan.[17]

Rujukan

WikiPedia: Isu dan kontroversi berkaitan pandemik COVID-19 di Malaysia http://enotifikasi.moh.gov.my/DMS/Documentation/CD... https://coconuts.co/kl/news/fck-politics-banner-in... https://coconuts.co/kl/news/politicianspuncavirus-... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/siswaja... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/10/03... https://www.reuters.com/article/facebook-malaysia-...